16 May 2011, antara tgh malam dan subuh, bilik 484, Portion A, paras 4, Dewan Penginapan Pelajar Yayasan Al-Bukhari, Universiti Utara Malaysia, Kedah Darul Aman, aku create blog ni. Lama sudah sebenarnya hajat hati untuk buat satu blog, tapi ada banyak benda dalam kepala yang menghalang jari-jemariku ni tekan-tekan tab lappy buat blog. Tapi bila tengok orang lain ada, aku pun macam mau ada jugak kan. Biasalah, perangai ikut-ikut kan. Apa orang lain ada, kita pun mau ada jugak kan.
ok, sambung kenapa aku malas buat blog dari dulu. Sebab aku ndak tau tujuannya kalau aku buat. Aku tengok ada yang buat blog untuk cerita kisah hidup. Cerita dari mula dia lahir sampai saat dia tekan-tekan komputer tuh.Ada jugak yang jadikan blog macam novel. Ada jugak buat sebab tugasan oleh pensyarah. Dan ada yang buat blog sebagai medan politik. Ndak ketinggalan, blog untuk tujuan ilmiah. Jadi, aku dalam kategori mana satu nih?
Saat aku buat keputusan buat benda alah ni, aku akan tulis cerita hidup aku dan apa-apa benda yang aku rasa aku mahu. Aku punya blog, suka hatiku lah. Selagi aku tidak langgar mana-mana undang-undang di malaysia nih. It's free as long we not step into any sensivities of others. Jadi, blog nih akan jadi macam e-diary aku, tempat curhatku dan apa-apalah ia boleh jadi. Dan sebagai persediaan ku mengisi masa bosanku untuk hari-hari mendatang. Aku suka menulis. Tapi menulis yang bukan-bukan yang ada dikepala. Aku suka menaip. Best dengar bunyi laptop "ketek...ketek...ketek".
Dan nama kallolo chuck taylor ni dipilih sebab pertama, aku memang minat kasut Converse All Star yang dipopularkan oleh Chuck Taylor, seorang pemain basketball terkenal dalam tahun 1918 kalau aku ndak salah ingat la. kalau mau tau, pigi la google sendiri. Aku mula minat kasut ni masa aku darjah empat tahun 1998 bila aku tengok kawan-kawanku yang besar sdh semua pakai kasut converse. Memang smart la dan kualitinya pun memang terbaik. Tahan lasak ya. Tapi masa tuh ndak mampu untuk miliki. Hari-hari pigi sekolah dapat 30 sen. Cukup untuk beli mi goreng harga 20 sen dan air harga 10 sen sedangkan harga kasut tuh dalam lebih kurang 60-70 ringgit masa tuh. Jadi, tengok jak la orang pakai. Kita pakai kasut getah jak la. Sekarang harga kasut ni sudah beratus-ratus walaupun paten lebih kurang sama jak dengan 10 tahun yang lalu. Sekarang aku sudah ada 2 pasang kasut converse. Semuanya leather. Satu tinggi, satu rendah. Hitam dan putih. Yang rendah aku beli masa aku kerja dulu. Memang sudah lama aku intai. Lepas gaji terus pigi beli di bandar. Harganya RM180. Yang tinggi pulak aku beli di Alor Star, Kedah. Tahun yang sama, 2008. Harganya RM200. Sekarang masih berkhidmat dengan aku. Pakai pigi kelas hari-hari, jalan-jalan, dan besukan. Terbukti kualiti kasut converse memang terbaik. Promo dulu.
Sebab kedua, aku ikut satu blog nih dalam sebulan lebih nih. Nama blog tuh Awek chuck Taylor. Tapi ownernya lelaki. Mengisahkan tentang hubungannya dengan seorang awek yang juga minat kasut converse, macam aku. Blog tuh dibuat sempena awek tu la. Aku ikut setiap siri ceritanya sampai hari ni. Jadi, aku pun bagi la nama kallolo chuck taylor jugak. Tapi blog nih cerita tentang aku sendiri ok, bukan sempena lelaki lain yang minat kasut converse pulak. Benda ni mesti clear. Nanti ingat aku spesies semacam pulak kan.
Dan sebelum aku lupa. Aku mahu kongsi maksud 'kallolo' nih. Perkataan adalah daripada bahasa Bugis Bone. Maksud dalam bahasa melayu ndak ada perkataan yang tepat. Ia macam pemuda atau bujang atau teruna. Tapi jelas ialah seorang lelaki yang belum berkahwin. That is kallolo. Perkataan ni agak femes digunakan dalam kaum dan tempat aku di Sabah. Itu jak la pasal kallolo. digabungkan dengan kasut feveret aku, muncullah blog kallolochucktaylor.

No comments:
Post a Comment