Inginku coret sedikit kisah tentang aku dan tempat ini. Tempat yang sememangnya bisa menyebabkan rindu hadir pada tempat ini. Bermulanya aku di BOFH88 pada 10/09/2012 dan berakhir pada 31/12/2012. Aku ditugaskan menjaga bahagian STUDIO dalam department men bersama seorang perempuan cina yang bernama Lippy. Kini dia bekerja di Melaka tapi company sama. Aku cuma ada 3 minggu untuk belajar segalanya dengan dia sebelum dia pindah balik ke Melaka. Lepas tu aku sendiri jaga tempat tu. Baru aku tau macam mana nak lipat kain, kemas kain, topup display, susun keep stock, kemas stor dan yang paling hebat cabaranya ialah bab customer service. Setiap hari berperang dengan perasaan tension dan amarah. kenapa tidak kalau baru lepas kemas, customer datang sepah2, layan customer yang cerewet dan macam2 perangai. Masa ni aku tau, customer always right adalah filosofi yang tidak boleh diterima dalam hubungan antara customer dan peniaga. Itu cuma boleh pakai masa jawab exam, kuiz, test dan yang seangkatan dengannya untuk dapat markah masa study dulu. But in reality im totally disagree. Sebabnya peniaga dan pelanggan adalah manusia dan sikap manusia zaman ini memang suka cari kesempatan dan peluang untuk memenuhi kehendak diri masing-masing. Dan mereka yang bergelar pelanggan ini akan mengambil kesempatan atas dasar filosofi ini untuk menang dalam urusan perniagaan. Cukup pasal itu.
Hari-hariku kuisi dengan pergi kerja menaiki monorel dari stesen monorel Titiwangsa ke setesen Bukit Bintang dan balik pun sama jugak. Masuk kerja berdiri sepanjang masa, kemudian break/rehat lepak makan kedai mamak belakang bangunan BO dengan rakan-rakan sekerja, sambung kerja balik, pastu balik rumah. Habis bulan dapat gaji, belanja macam-macam. Alhamdulillah rezeki sentiasa ada. Begitulah hidupku sepanjang bekerja ditempat tu. Hari Sabtu, ahad atau cuti umum tetap kerja. Cuti cuma satu hari, Isnin.Begitulah hariku berlalu selama lebih tiga bulan di situ.. Namun lama kelamaan kitaran itu menjadi kebiasaan bagiku hinggakan aku rasa sangat berat meninggalkan tempat itu pada hari terakhirku di situ. Aku dan mereka-mereka yang ada disitu sudah terjalin satu ikatan yang mampu membuat aku rindu dengan mereka. Sehinggakan ada diantara mereka yang mengalirkan air mata tak henti-henti kerana esoknya mereka tidak akan melihat aku lagi bekerja ditempatku. Terasa diri ini begitu dihargai oleh mereka. tidak sangka sepanjang perkenalan dengan mereka rupanya aku meninggalkan kesan dihati mereka. Timbul tanda tanya, bagaimanakah aku ini dimata mereka? Rasanya mungkin bagi mereka aku ini seorang pekerja dan kawan yang baik. Alhamdulillah.
Sejujurnya aku terkesan dengan perpisahan itu. Seorang staff baru masuk dan ditugaskan bersama-sama dengan aku untuk incas STUDIO. Lega hati bila PIC letak budak tu dengan aku. Ringan sikit kerja aku. Jaga tempat tu sendirian memang susah.Akhirnya ada jugaklah kawan untuk aku sembang-sembang, tak lah tension sangat. Tension yang dulunya aku tanggung sorang-sorang dah boleh bahagi dua. hehe. Nama budak ni tak payahlah aku mention tapi dia ne perempuan dan agak comel. Terus terang itu jugak salah satu pencetus semangat untuk aku datang bekerja setiap hari walaupun ada waktunya rasa macam nak lari sebab penat yang semalam pun tak habis lagi kena bangun pagi pergi kerja pulak. hahahaha. Lama kelamaan kami makin rapat dan tak ada masalah bekerja bersama. Macam adik beradik dan ada waktunya macam kekasih. Pasti ada staff lelaki yang cemburu dengan aku waktu itu. Hahahaha. Syok wo dapat kerja dengan awek cun (kalau c dia baca ni kompom merajuk setahun, mampus aku memujuk) hakhak. Oleh sebab kami dah lama kerja sekali so meniti hari-hari terakhir aku disitu, hampir setiap hari dia mintak aku supaya jangan berhenti kerja. Dia sedih, dan aku pun sedih tapi ego lelaki ku selalu menutup perasaan itu supaya tidak tersurat. Kubiarkan tersirat. Tetap kubalas kata-katanya dengan gurauan supaya sedihnya dapat kupatahkan menjadi senyuman dibibirnya. Manis senyuman itu.
Rutin harian, setiap pagi akan ada briefing sebelum kami memulakan kerja. Di akhir briefing itu PIC mengumumkan bahawasanya hari itu adalah hari terakhirku. Mereka mengucapkan penghargaan dan terima kasih atas sumbanganku dan macam-macam pujian lah yang aku dapat. Suasana menjadi sedikit sedih pagi itu. Aku melihat partner aku tuh dah pergi jauh sedikit berselindung disebalik baju-baju yang digantung dan menangis. Yang ironisnya, semua staff yang ada menyedarinya dan seorang staff pergi memujuknya kembali. Wah...dramatis sungguh. Aku sedih dan terharu. Kemudiannya aku diminta untuk bagi sikit ucapan terakhir dihadapan semua staff yang ada. Ingin rasanya air mata lelaki ini menitis disitu. Namun dipagari dengan senyuman kerana kulihat wajah mereka mula muram semuram hati partnerku itu.
Jam-jam terakhir kuhabisi dengan membuat kerja seperti biasa. Namun sekali sekala ku curi peluang untuk melihat saja suasana STUDIO itu, kusentuh dan ku amati satu per satu kerana esok tidak ada lagi. Partnerku break dan kucuri waktu itu dengan sedikit nota untuknya dalam buku notanya. Dalamnya kuucap terima kasih kerana membantu ku selama 2 bulan lebih itu. Dan sejam yang terakhir itu dia menangis lagi. Kali ini lebih deras air mata gadis itu mengalir. Awal pulak dia buka buku nota tu. Selalu pagi baru dia buka sebab nak tulis nota briefing. Sejam terakhir itu dia bermuram dan menangis. Dah macam pasangan kekasih nak berpisah pulak dah. Hari itu kuabadikan sedikit foto bersama mereka sebagai bekalan kenangan. Seperti biasa aku dan partnerku pulang bersama sebab aliran monorel kami sehala. Keramaian makhluk manusia membanjiri kawasan Bukit Bintang malam itu. Maklumlah...countdown 2013. Kami disembur oleh mereka yang suka-suki hati mereka. Sempat jugak aku jadi hero melindungi partnerku dan dua orang kawan perempuan yang menuju ke monorel sekali. Dengan aku sekali penuh buih kena sembur. ceh..hahaha.
Dalam monorel buat pertama kalinya kami serius borak. Selalu kami gelakkan orang dalam monorel tu. Hahaha. Sampai stesen aku turun dan kami pun berpisah....sedikit emotional di malam tahun baru 2013.