Sunday, 18 November 2012

Kisah mula dulu kala 5

Aku ringkaskan kisah ni sebab aku pun macam malas nak cerita sebutir demi sebutir. Dipendekkan cerita aku sekarang sudahpun bergelar graduan. Lepas aku tamatkan praktikal aku kat PETRONAS KLCC, hantar praktikum report dah dapat A, konvo dan sekarang bekerja. Ne la plot cerita yanag aku nak kongsi dalam karangan aku kali ne.

08 Feb 2012 aku menjejakkan kaki di bangunan kebanggaan Malaysia, KLCC sebagai internship student dengan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS). Aku mintak praktikal ngan petronas pastu alhamdulillah aku dapat tempat kat Group Risk Management (GRM) Level 71, Tower 1. Ari2 la aku naik turun menara tu utk sampai ofis. Bangga jugak la aku pernah jadi warga PETRONAS biarpun cuma 6 bulan. Kau ada?.Banyak jugak la pengalaman berharga aku sepanjang aku intern kat c2. Aku kenal dunia petroleum, dunia pekerjaan korporat, kerja dengan macam2 orang dan macam2 level, macam2 background. Terasa sangat kerdil berada diantara mereka semua yang bukan calang2 orang. Tambah lagi semua kerja in BI xkira la discussion, meeting atau conversation biasa. Aku kenal dunia global sebab ari2 aku kena tau apa yg berlaku kt seluruh dunia. ops lupa. GRM ne ialah department yang menganalisa semua risiko yang mungkin akan menjejaskan bisnes PETRONAS secara keseluruhannya. Itu la yg paling mudah aku nk terangkan role department aku  tuh. Sambung balik yg tadi, kerja aku baca semua international news update everyday then report to my exec. Bukan semua tapi berita yang aku rasa mungkin akan effect PETRONAS. Aku start berani cakap BI kat c2 la. I have no choice bro. Aku kena present depan satu department. bayangkan...dah la pasal petronas. Aku abeskan internship kat c2 20 Julai 2012.

Aku grad 11 Oktober 2012 baru2 ne. Alhamdulillah biarpun xdapat 1st class  at least aku bukannya 2nd lower degree holder. Dengan itu secara rasminya aku bergelar graduan dan bukan lagi student. Tapi xbermakna bukan student kita xperlu belajar. Kita perlu sentiasa belajar kalau tidak kita jgk yang rugi. Sekarang aku kerja kat Brands Outlet Fahrenheit88, Bukit Bintang kL. Depan Pavillion tuuu. Siapa kaki shopping mungkin dia taulah. Jual pakaian. hahahha...dan aku adalah pembantu jualan atau lebih famousnya sales asisstant. Aku tak kisah org nk kata apa. Degree tu cuma syarat. Yang penting bagaimana nk teruskan hidup di kota metropolitan ini. Degree is nothing.

Dan bila aku duduk sorang2, aku ingat balik masa dulu2. Cepat betul masa berlalu...macam2 aku lalui...pahit manis...tapi aku tetap bersyukur dengan apa yang aku ada...tq ya Allah.

Sunday, 8 January 2012

Tiada lagi istilah itu



Sambungan kisah mula dulu kala 5 aku postponed untuk sementara. Jari jemariku lebih gemar untuk mencorak skrin blog ini dengan ceritaku yang baru saja aku lalui. Perkataan terpangkah di atas itu mungkin tiada lagi selepas ini. Langsung tiada perancangan ke arah itu. Rasanya sudah penat untuk melihat nama aku tersenarai sebagai calon tetap untuk mengharunginya lagi. Pergh...Alangkah banyak yang perlu ku lalui untuk menamatkan sejumlah peperiksaan akhir. Tapi saat ini, aku hanya mengosongkan minda yang telah aku saratkan dengan pelbagai istilah dan segala macam ilmu yang perlu aku paham dan hafal.Semester ini adalah semester terakhir aku sebelum aku memasuki pra-musim pulak. Lepas ni aku praktikal la pulak lagi sebelum aku akhiri semuanya untuk aku bawa sebagai bekalan ke dalam alam pekerjaan pula kelak. Semester ini macam semester2 lepas jugak. Banyak kisah-kisah yang tercipta, suka dan duka. Macam-macam sampai aku xtau mau cerita mana satu.

Aku menamatkan waktu menduduki exam last selama 3 tahun setengah disini pada 7hb Jan 2012, DSB DPP TM, jam 10.40 pagi. Kluar dewan dengan gembira dicampur perasaan berdebar-debar dan sedih. Lepas ni aku xkan rasa lagi semua ni. NO MORE EXAM...Malam sebelum hari itu aku adaexam jugak, my second paper after my first on 4th. Malam tu habis pukul 11 malam. Aku sampai bilik pukul 12 malam. baru study untuk last paper pagi esoknya pukul 9 pagi. Ikut kebiasaan selalu memang xtidurla. Tapi malam tu, kawan aku, Kuya, ingatkan aku supaya cukup tidur sebab aku baru balik exam malam tu. Study jugak la sampai pukul 5 subuh aku tdur sampai pkul 8 pagi. Mesti tidur jugak biar sekejap. Kalau tindak sia-sia aku study malam tu tem exam xbleh kluar jgak.

Keluar dewan dengan macam-macam perasaan. Terus balik bilik menganjing rumet aku, Afiq yang masih study untuk examnya 12hb tu..hakhakhak....standard la. sapa abes kmudian mmg akan menerima azab dari org sdh abes paper. Bukan dia jak mangsaku. Semuala yang aku jumpa hari tu..hakhak...lain lagi yang aku kutuk dalam fesbuk. Hakhak...jahat..jahat...Petang tu aku balik kampung keluarga angkat aku di Gerik, Perak. Tem menaip ne aku d Gerik la ne. hehehe...so...aku rasa lapang sekarang, tekanan abes, mind free. Just enjoy my freedom before start a new one. Bak kata pepatah lepas mulut harimau masuk mulut buaya. Aik betul ka jugak tu...?..mana2 la. bye2 exam...

Hari yang sama aku dapat pegang lesen kereta motorku jugak...hahahaha...Aku ada lesen sudah. Ambek lesen pun bukan senang bro. Ulang-ulang jugak baru lulus...huh. memang happy ending jugaklah.. cuma ada sikit kekesalan jugak lah. Aku xdapat jumpa kosmet-kosmet aku lepas exam tu. Diorang x siap lagi cmna. Yang aku tauk akumau kluar awal untuk habiskan exam terakhir tuh...xpala...panjang umur, lain masa, ada jodoh kita jumpa lagi, InsyaAllah. Tapi ada lagi peluang, lepas ne mau balik U lagi. Ada masa lgi utk aku abeskan masa2 terakhirnya d U tu sebelum ku tinggalkan.

tapi yang nyata....NO MORE EXAM...