Monday, 30 May 2011

kisah mula,dulu kala 4

Namun sekarang aku sedar. Kalau bukan kerana hidup yang begitu, aku ndak tau yang namanya kepayahan. Pada aku, siapa yang ndak pernah merasakan kepayahan hidup, maka dia sudah rugi satu perkara. Dengan kepayahan kita tahu cara untuk hidup, kita tahu erti sebenar kehidupan. Kita mengerti betapa tingginya nilai kehidupan. Kita mampu bertahan dalam apa juga keadaan sekali pun. Berbanding dengan orang yang tidak pernah kenal kepayahan, bagaikan hidup tidak boleh diteruskan jika kurang sesuatu kemewahan. Bukan mahu bangga diri sendiri, bersedialah menghadapi apa jugak keadaan hidup. Langit ndak kan selalu cerah.

Aku teringat satu ketika dulu. Aku di sekolah rendah darjah satu tahun 1995. Cerita ni ndak ada kena mengena pun dengan perenggan yang di atas tu. Ada seorang cikgu bertanya dengan kami dalam kelas. "cikgu suka makan buah-buahan. Sapa sini bapaknya ada kebun buah-buahan?" Aku angkat la tangan. "Apa ada dalam kebun? Buah cempedak ada? cikgu suka makan cempedak". Jadi balik rumah, aku cerita ngan beliau. Terus di suruhnya aku bawa cempedak pegi sekolah besoknya. Bagi cikgu tuh. Adoi. Menyesalnya aku bagitau. Dorang bajet, buat begitu cikgu tu sayang aku la konon, bagi aku markah bagus-bagus la konon. Punyalah aku menyampah. Begku yang sepatutnya diisi buku, sarat dengat buah cempedak yang sudah masak. Tekanannya aku. Sudahlah berat. Dia punya bau lagi. Begetah lagi. Tapi masa tuh terpaksa jugak lah bawak. Biarpun dihati macam aku mau buang jak tengah jalan.

Beliau dulu suka betul suruh aku bawa buah bagi ngan cikgu. Dan aku paling ndak suka buat semua tuh. Malu aku mau bawa semua tuh pi sekolah. Lepas peristiwa tuh biarpun beliau selalu suruh bawa buah-buahan lain aku akan mengelak. Macam-macam alasan aku bagi. Biarpun sebenarnya cikgu tu selalu juga tanya kan. Malas aku. Tapi sekali lagi peristiwa tuh terjadi bila aku naik sekolah menengah tingkatan satu. Biasa la orang ndak ada sekolah ni, ndak tau apa-apa pasal prosedur. Cuma mengharapkan kebaikan orang untuk untuk bantu uruskan segalanya dengan bermodalkan rasa rendah diri dan buah-buahan. Itulah beliau. Ceritanya, aku disuruh mendaftar di satu sekolah mengengah ni pada tarikh dan masa sepatutnya. Gara-gara ndaktau apa-apa kesian, pigi jak lah sekolah dengan buah cempedak untuk bagi dengan cikgu yang daftarkan aku nanti.

Sekolah tuh sekolah baru, dan aku adalah batch kedua masuk sekolah tuh. Sampai sekolah aku hairan, kenapa tiada orang lain? Cari punya cari last sekali jumpalah pejabat. Tanya kerani, dia cakap cikgu tiada. Dia ada di rumah. Patutlah rupanya mendaftar hari berikutnya. Emm.. Sebab ndak mau balik tangan kosong, pigi la flat cari rumah cikgu tuh dengan alamat yang kerani tu bagi. Ringkaskan cerita, cikgu tu tolong aku daftar sekolah di rumah tu jak. Yang lain dia tolong setelkan. Dan buah cempedak itu pun menjadi miliknya.

Itulah kisah aku dengan cempedak dalam perjalananku menuntut ilmu.






Thursday, 19 May 2011

kisah mula, dulu kala 3

Hidup susah aku ndak heran lah. Kerja-kerja berat semua aku sudah rasa. Camana susahnya cari duit untuk hidup. Kadang-kadang aku mengamuk tengah jalan sebab telampau penat bawa isi kebun pulang rumah atau bawa pegi pondok tepi jalan. Sudah la kebun tuh jauh mau sampay rumah. Dari rumah mau bawa p pondok pun jauh jugak. Mak aih. Tuhan jak la yang tau. Dulu beliau tanam lada di kebun. Luas la kawasannya tuh. Bila hari sabtu, konfem pegi kebun petik lada. Pagi-pagi sudah di suruh pi kebun petik lada. Petik lada tuh memang senang, kalau setakat petik untuk 1kg. Kalau sampai 30-40kg. Start pukul 7 pagi sampai pukul 6 petang bejemur dibawah matahari terik. Kalau panas, bepanas la. Kalau hujan, behujan la. Kalu redup, alhamdulillah. Bayangkan Petik sebijik-sebijik untuk kumpul 30kg. 1 biji lada tuh berapa beratnya agak-agak? Petik bukan sembarang petik. Daun ndak boleh ikut nanti pokok lada tuh mati. Tangan mesti pedas punya lepas tuh.

Sampai rumah bila malam, sambung lagi kerja. Kasi bersih sampah-sampah, daun, asing kalau ada yang buruk. Besoknya, bawa pegi tepi jalan. "mak" mau bawa pi pasar untuk jual sama-sama ngan buah-buahan lain macam pisang, nangka, sayur, kalau musim buah, ada la jugak rambutan, mangga, salak, nanas dan macam-macam lah. semua tuh kena tolak guna kereta sorong dari rumah. Naik bukit, turun bukit, limpas depan rumah orang kadang-kadang kena kejar anjing lagi. Jalan boleh tahan mencabar. Batu-batu, akar-akar semua terpaksa juugak tolak. Sabar mesti kuat jo.

Pernah satu hari, aku telampau tekanan. Aku disuruh tolak buah nangka pegi pondok tepi jalan. Aku dengan terpaksa pegi la jugak. Dengan marah-marah aku buat kerja. Aku penat. Aku berenti. Perasaan masa tuh geram. eeee....Geram Lah...Last aku angkat buah nangka tuh, aku hempas atas tanah. Aku tendang-tendang. Abis nangka tuh jadi mangsa. Ujung-ujung aku pungut balik, letak dalam kereta sorong, sambung perjalanan. Telampau penat punya pasal. Itu bukan satu kali. Banyak aku buat begitu di tengah jalan.

Kemudiannya satu masa, kami diuji lagi. Semuanya gara-gara buah nangka. Ada satu orang tauke ne beli buah nangka dari pondok kami. Dia suka buah nangka kami. Buah tuh dia buat keropok. Tauke tuh pernah bawa satu pack keropok nangka yang di buat dari nangka kami. Sedap la jugak.ehek. Tapi rupanya ada orang iri hati sebab buah nangkanya tauke tuh ndak beli. Dengan itu, orang tu larang kami pijak tanahnya lagi. Pondok kami terpaksa dirobohkan sebab pondok tuh atas tanahnya. Beliau ikut jak, Mengalah sebab kami banyak terhutang budi dengan dia dan keluarganya.

Jadi kami terpaksa cari tapak lain di tepi jalan untuk menjual. Tempat baru tu lagi lah jauh. Jarak yang cuma 15 minit jalan biasa kami terpaksa buat jalan baru ikut tepi-tepi tanahnya sampai la di hujungnya jumpa tepi jalan lain. Dari kebun kami terpaksa bawa keluar buah makan masa satu jam. Cemburu punya pasal. Terima jak la. Nasib baik ada jugak orang lain yang sudi benarkan kami lalu kebun diorang untuk bawa keluar hasil dari kebun.Beberapa tahun berlalu, hubungan baik semula. Tapi jarak tetap sama. Bisnes dengan tauke tuh pun ndak ada sudah.

Bila aku duduk rumah, aku kena psiko oleh beliau. Dicakap aku malas. Dia memang ndak boleh tengok orang duduk rumah kecuali perempuan. Aku cuma boleh curi-curi duduk rumah. Kalau tidak aku mesti pegi kebun. Terok betul. Mesti ada buat kerja dalam satu hari. Adui. Di rumah tuh memang guna stail diktator bah. Untuk mengelak diorang bising, pegi la kebun. Buat la apa-apa pun kerja. Dekat-dekat petang pulang rumah. Setel untuk hari tuh. Aku paling gembira kalau ada kelas tambahan masa cuti atau latihan sukan atau kawad di sekolah. Kadang-kadang menipu cakap latihan di sekolah.

Menipu untuk selamat.

kisah mula, dulu kala 2

Waktu kanak-kanakku berlalu bersama keluarga yang bukan bapak ngan mak ku. Dan begitulah aku lalui sehingga aku di universiti  kini. Aku telah dibesarkan, dijaga, disekolahkan dan semualah di situ. Hampir tiada langsung waktu bersama orang tuaku sendiri. Sekali sekala mereka datang tidur di rumah. Hari raya semua pun akan berkumpul di rumah. Rezeki Allah beri, seorang adik perempuanku mencelik dunia. Kemudiannya tambah seorang lagi. Dah cukup kami berempat dengan seorang adik lelakiku. Kami semua adik-beradik. Tapi nama aku lain. Aku gembira bila diorang datang rumah. Bertemu mak, bapak dan adik-adik. Huh...Siapalah yang tahu perasaanku masa taip kisah-kisah nih. Benda pertama aku buat, aku pandang wajah mak aku. Masa tuh dia akan senyum ngan aku. Dia akan tanya "sihat?, sudah makan?" Lepas tuh dia akan pegang kepalaku. Aku diam. Dia masuk dalam rumah, aku ikut dibelakang. Saat aku paling benci setiap kali mereka datang ialah bila diorang maw pulang. Tinggalkan aku lagi. Aku sunyi.

Semakin umurku bertambah, aku mula menguji otak dan fikiranku untuk mengimiginasikan banyak perkara di dunia. Biasa lah, semua orang akan lalui benda yang sama. Aku termenung di jendela dapur. Memandang pokok limau, pokok durian, koko, nangka dan rambutan. Berada jauh di belakang adalah kolam. Disebelah atasnya bukit dan ada sebuah rumah milik kebun jiran. Aku mula mempersoalkan kehidupan. Kenapa begitu, kenapa begini, kenapa tidak begini, kenapa mesti begitu, kenapa dan kenapa.

Bila sampai masa aku masuk sekolah rendah, aku menangis dihari pertamaku. Hahak. Semua orang yang ada disekelilingku, tidak kukenali. Lama-lama ok jugak. Aku mula belajar huruf dan nombor. Aku mula rasakan peritnya belajar. Setiap hari cuma tau aku mesti datang sekolah. Kalau tidak, cikgu marah. Beliau pun marah. Beliau tuh merujuk "bapak" aku la. Beliau selalu cakap, aku mesti jadi orang pandai. Jangan jadi macam "abang" aku. Dia ndak pandai. Aku pernah tengok buku rekodnya.Semua peperiksaan gagal. Dia memang lemah dalam pelajaran. Jadi sandaran terakhir diorang ialah aku. Alhamdulillah, aku lebih baik dari dia. Semua peperiksaan aku lulus. Masa darjah 4,1998, aku dapat nombor dua dalam kelas. Sapa yang ndak bangga kan. Itu jak la pencapaian terbaikku di sekolah rendah dulu. Hasil bimbingan seorang saudara mara yang ajar aku di rumah. Ajar aku banyak benda masa tuh. Masa tuh dia tumpang di rumahku. Tapi lepas dia pergi, aku jadi macam biasa balik. hahahak.

Bila hari cuti, aku akan disuruh pegi kebun. Aku ndak tau pun hari apa cuti sekolah. Aku tanya sepupuku "besok sekolah ka?' kadang-kadang baru hari selasa aku tanya soalan tuh. Bengong. Bila sudah dia jawab baru aku sedar sama ada cuti atau ndak. Kalau cuti pi kebun la jawabnya. Macam-macam kerja aku buat. Selasing, panjat pokok kelapa, pokok rambutan, cempedak, ambik buah pisang, pikul rambutan, kelapa dan segala macam isi kebun tuh bawa pulang rumah. Jarak boleh tahan jauh dalam 2km jalan kaki. Kalau pikul buah-buahan lagi, keringat keluar dari segala-gala ruang rongga di badan. Begitulah kehidupanku sampai sekolah menengah.

Monday, 16 May 2011

kisah mula, dulu kala 1

Awalnya riwayat hidup sang pemilik ruangan ini bermula dengan....................................................berat sebenarnya nih utk kongsi. Kisah hidup adalah harta mutlak setiap insan. Semuanya sudah tertulis oleh yang Maha Esa. Camana coretan hidup kita dalam Qada dan Qadar-Nya, begitulah tu. Apabila berada dimasa depan, kita akan ingat masa lalu. Ketika kita dimasa lalu, hati risau tentang masa depan. Mampukah kita mencorak masa depan menjadi satu lukisan hidup yang indah untuk dikenang? Itu juga soalan yang selalu ambik port dalam kepala otakku yang maha berguna ini suatu ketika dulu. Jawapannya...hari ini...

Ok la sambung. Asalku dari keluarga yang susah. Memang susah. Adakalanya sekarang kalau imbas kembali, perasaan bercampur baur. Tapi dalam banyak-banyak perasaan tuh, sedih lah yang paling banyak kan. Aku punya hidup ndak sama dengan hidup orang lain. Memanglah bah kan. Mana ada hidup sama. Hahahahak..ngokngek. Masa aku kecik dulu, aku dijaga oleh adik kepada datuk aku merangkap sebagai bapak aku dalam surat beranak aku. Kami duduk satu rumah jugak masa tuh sebab aku kan perlukan susu badan. susu selain susu badan tiada sebab ndak mampu untuk beli. Ok apa. Original. tiada campuran. Lagipun masa tu, semua saudara mara tinggal sama-sama2di rumah tu. Meriah jangan cakap lah. Setiap hari adalah kegembiraan. Bagiku la. Aku kan baby yang comel yang langsung ndak mengerti apa-apa pasal dunia. Tapi kan memang comel bah aku masa kecik. Ndak aku tipu kamu. Serius. Ambek la duitku satu ringgit kalau aku menipu. Biarlah aku kena petir. Uit. Pernah aku tengok gambarku tu. Ndak percaya jugak bahawasanya baby yang comel montel bulat-bulat kiut miut sweet dan semualah yang aku nampak dalam gambar yang makin pudar-pudar tuh adalah aku. Aku duduk atas meja dengan 1 lagi baby perempuan yang kiut jugak la jugak sikit, aku kiut banyak..hahahak.. Itu sepupuku la. Sayangnya gambar tuh ndak tau mana sudah. Tapi aku yang sekarang ni camana boleh kurus. Aiyaaaa.. 

Sampai satu masa, aku terpisah dengan kedua orang tuaku. Dorang carik rezeki di merata estet di sabah. Jarang aku dapat jumpa dorang. Pastu, datuk ku pula yang mahu bela aku. Alasannya, bapakku belum ada Bunga Raya, sedangkan datukku lengkap sudah sebagai warganegara Malaysia. Untuk sekolahkan aku, dokumen-dokumen semua tuh perlu ada. Lagi pun datukku bilang, bapak sama mamakku ndak mampu untuk sekolahkan aku, jaga aku bersama-sama ngan arwah adik lelaki ku. Masa tuh aku dua beradik. Dan tinggallah aku bersama datuk dengan nenek dan satu orang anaknya. Betapa susahnya untuk aku anggap mereka sebagai bapak, mamak dan abang sedangkan mereka adalah saudara kandung datukku dan anaknya. Anaknya tuh sepupu 1x bapakku. Tapi jadi abangku la pulak. Gara-gara mau dapat IC kan. Semuanya jadi begitu. Bila orang lain tanya, aku jawab lah begitu. Dan begitulah sampai hari ini. Ber'bin'kan org yang bukan bapakku sendiri, tapi cuma orang yang membesarkan aku dari kecik sampai sekarang. Tapi bapak ngan mak tetap aku panggil mak ngan bapak jugak. Cuma ndak tinggal sama-sama.

Sampaikan aku rasa lain bila jumpa bapak ngan mak ku sendiri. Sampai begitu sekali. Dan semakin aku meningkat usia, mengenal nombor dan abjad, aku semakin tahu akan apa itu erti sebuah hubungan, apa itu perasaan. Tapi cuma mampu terlintas difikiran. Hilang dek angin bertiup. Lupa untuk diluah dirasuk nafsu bila bermain menikmati usia kanak-kanakku.


Sunday, 15 May 2011

bermulanya kallolochucktaylor.blogspot.com/

16 May 2011, antara tgh malam dan subuh, bilik 484, Portion A, paras 4, Dewan Penginapan Pelajar Yayasan Al-Bukhari, Universiti Utara Malaysia, Kedah Darul Aman, aku create blog ni. Lama sudah sebenarnya hajat hati untuk buat satu blog, tapi ada banyak benda dalam kepala yang menghalang jari-jemariku ni tekan-tekan tab lappy buat blog. Tapi bila tengok orang lain ada, aku pun macam mau ada jugak kan. Biasalah, perangai ikut-ikut kan. Apa orang lain ada, kita pun mau ada jugak kan.

ok, sambung kenapa aku malas buat blog dari dulu. Sebab aku ndak tau tujuannya kalau aku buat. Aku tengok ada yang buat blog untuk cerita kisah hidup. Cerita dari mula dia lahir sampai saat dia tekan-tekan komputer tuh.Ada jugak yang jadikan blog macam novel. Ada jugak buat sebab tugasan oleh pensyarah. Dan ada yang buat blog sebagai medan politik. Ndak ketinggalan, blog untuk tujuan ilmiah. Jadi, aku dalam kategori mana satu nih? 

Saat aku buat keputusan buat benda alah ni, aku akan tulis cerita hidup aku dan apa-apa benda yang aku rasa aku mahu. Aku punya blog, suka hatiku lah. Selagi aku tidak langgar mana-mana undang-undang di malaysia nih. It's free as long we not step into any sensivities of others. Jadi, blog nih akan jadi macam e-diary aku, tempat  curhatku dan apa-apalah ia boleh jadi. Dan sebagai persediaan ku mengisi masa bosanku untuk hari-hari mendatang. Aku suka menulis. Tapi menulis yang bukan-bukan yang ada dikepala. Aku suka menaip. Best dengar bunyi laptop "ketek...ketek...ketek".

Dan nama kallolo chuck taylor ni dipilih sebab pertama, aku memang minat kasut Converse All Star yang dipopularkan oleh Chuck Taylor, seorang pemain basketball terkenal dalam tahun 1918 kalau aku ndak salah ingat la. kalau mau tau, pigi la google sendiri. Aku mula minat kasut ni masa aku darjah empat tahun 1998 bila aku tengok kawan-kawanku yang besar sdh semua pakai kasut converse. Memang smart la dan kualitinya pun memang terbaik. Tahan lasak ya. Tapi masa tuh ndak mampu untuk miliki. Hari-hari pigi sekolah dapat 30 sen. Cukup untuk beli mi goreng harga 20 sen dan air harga 10 sen sedangkan harga kasut tuh dalam lebih kurang 60-70 ringgit masa tuh. Jadi, tengok jak la orang pakai. Kita pakai kasut getah jak la. Sekarang harga kasut ni sudah beratus-ratus walaupun paten lebih kurang sama jak dengan 10 tahun yang lalu. Sekarang aku sudah ada 2 pasang kasut converse. Semuanya leather. Satu tinggi, satu rendah. Hitam dan putih. Yang rendah aku beli masa aku kerja dulu. Memang sudah lama aku intai. Lepas gaji terus pigi beli di bandar. Harganya RM180. Yang tinggi pulak aku beli di Alor Star, Kedah. Tahun yang sama, 2008. Harganya RM200. Sekarang masih berkhidmat dengan aku. Pakai pigi kelas hari-hari, jalan-jalan, dan besukan. Terbukti kualiti kasut converse memang terbaik. Promo dulu.

Sebab kedua, aku ikut satu blog nih dalam sebulan lebih nih. Nama blog tuh Awek chuck Taylor.  Tapi ownernya lelaki. Mengisahkan tentang hubungannya dengan seorang awek yang juga minat kasut converse, macam aku. Blog tuh dibuat sempena awek tu la. Aku ikut setiap siri ceritanya sampai hari ni. Jadi, aku pun bagi la nama kallolo chuck taylor jugak. Tapi blog nih cerita tentang aku sendiri ok, bukan sempena lelaki lain yang minat kasut converse pulak. Benda ni mesti clear. Nanti ingat aku spesies semacam pulak kan.
 

Dan sebelum aku lupa. Aku mahu kongsi maksud 'kallolo' nih. Perkataan adalah daripada bahasa Bugis Bone. Maksud dalam bahasa melayu ndak ada perkataan yang tepat. Ia macam pemuda atau bujang atau teruna. Tapi jelas ialah seorang lelaki yang belum berkahwin. That is kallolo. Perkataan ni agak femes digunakan dalam kaum dan tempat aku di Sabah. Itu jak la pasal kallolo. digabungkan dengan kasut feveret aku, muncullah blog kallolochucktaylor.