Waktu kanak-kanakku berlalu bersama keluarga yang bukan bapak ngan mak ku. Dan begitulah aku lalui sehingga aku di universiti kini. Aku telah dibesarkan, dijaga, disekolahkan dan semualah di situ. Hampir tiada langsung waktu bersama orang tuaku sendiri. Sekali sekala mereka datang tidur di rumah. Hari raya semua pun akan berkumpul di rumah. Rezeki Allah beri, seorang adik perempuanku mencelik dunia. Kemudiannya tambah seorang lagi. Dah cukup kami berempat dengan seorang adik lelakiku. Kami semua adik-beradik. Tapi nama aku lain. Aku gembira bila diorang datang rumah. Bertemu mak, bapak dan adik-adik. Huh...Siapalah yang tahu perasaanku masa taip kisah-kisah nih. Benda pertama aku buat, aku pandang wajah mak aku. Masa tuh dia akan senyum ngan aku. Dia akan tanya "sihat?, sudah makan?" Lepas tuh dia akan pegang kepalaku. Aku diam. Dia masuk dalam rumah, aku ikut dibelakang. Saat aku paling benci setiap kali mereka datang ialah bila diorang maw pulang. Tinggalkan aku lagi. Aku sunyi.
Semakin umurku bertambah, aku mula menguji otak dan fikiranku untuk mengimiginasikan banyak perkara di dunia. Biasa lah, semua orang akan lalui benda yang sama. Aku termenung di jendela dapur. Memandang pokok limau, pokok durian, koko, nangka dan rambutan. Berada jauh di belakang adalah kolam. Disebelah atasnya bukit dan ada sebuah rumah milik kebun jiran. Aku mula mempersoalkan kehidupan. Kenapa begitu, kenapa begini, kenapa tidak begini, kenapa mesti begitu, kenapa dan kenapa.
Bila sampai masa aku masuk sekolah rendah, aku menangis dihari pertamaku. Hahak. Semua orang yang ada disekelilingku, tidak kukenali. Lama-lama ok jugak. Aku mula belajar huruf dan nombor. Aku mula rasakan peritnya belajar. Setiap hari cuma tau aku mesti datang sekolah. Kalau tidak, cikgu marah. Beliau pun marah. Beliau tuh merujuk "bapak" aku la. Beliau selalu cakap, aku mesti jadi orang pandai. Jangan jadi macam "abang" aku. Dia ndak pandai. Aku pernah tengok buku rekodnya.Semua peperiksaan gagal. Dia memang lemah dalam pelajaran. Jadi sandaran terakhir diorang ialah aku. Alhamdulillah, aku lebih baik dari dia. Semua peperiksaan aku lulus. Masa darjah 4,1998, aku dapat nombor dua dalam kelas. Sapa yang ndak bangga kan. Itu jak la pencapaian terbaikku di sekolah rendah dulu. Hasil bimbingan seorang saudara mara yang ajar aku di rumah. Ajar aku banyak benda masa tuh. Masa tuh dia tumpang di rumahku. Tapi lepas dia pergi, aku jadi macam biasa balik. hahahak.
Bila hari cuti, aku akan disuruh pegi kebun. Aku ndak tau pun hari apa cuti sekolah. Aku tanya sepupuku "besok sekolah ka?' kadang-kadang baru hari selasa aku tanya soalan tuh. Bengong. Bila sudah dia jawab baru aku sedar sama ada cuti atau ndak. Kalau cuti pi kebun la jawabnya. Macam-macam kerja aku buat. Selasing, panjat pokok kelapa, pokok rambutan, cempedak, ambik buah pisang, pikul rambutan, kelapa dan segala macam isi kebun tuh bawa pulang rumah. Jarak boleh tahan jauh dalam 2km jalan kaki. Kalau pikul buah-buahan lagi, keringat keluar dari segala-gala ruang rongga di badan. Begitulah kehidupanku sampai sekolah menengah.
No comments:
Post a Comment