Namun sekarang aku sedar. Kalau bukan kerana hidup yang begitu, aku ndak tau yang namanya kepayahan. Pada aku, siapa yang ndak pernah merasakan kepayahan hidup, maka dia sudah rugi satu perkara. Dengan kepayahan kita tahu cara untuk hidup, kita tahu erti sebenar kehidupan. Kita mengerti betapa tingginya nilai kehidupan. Kita mampu bertahan dalam apa juga keadaan sekali pun. Berbanding dengan orang yang tidak pernah kenal kepayahan, bagaikan hidup tidak boleh diteruskan jika kurang sesuatu kemewahan. Bukan mahu bangga diri sendiri, bersedialah menghadapi apa jugak keadaan hidup. Langit ndak kan selalu cerah.
Aku teringat satu ketika dulu. Aku di sekolah rendah darjah satu tahun 1995. Cerita ni ndak ada kena mengena pun dengan perenggan yang di atas tu. Ada seorang cikgu bertanya dengan kami dalam kelas. "cikgu suka makan buah-buahan. Sapa sini bapaknya ada kebun buah-buahan?" Aku angkat la tangan. "Apa ada dalam kebun? Buah cempedak ada? cikgu suka makan cempedak". Jadi balik rumah, aku cerita ngan beliau. Terus di suruhnya aku bawa cempedak pegi sekolah besoknya. Bagi cikgu tuh. Adoi. Menyesalnya aku bagitau. Dorang bajet, buat begitu cikgu tu sayang aku la konon, bagi aku markah bagus-bagus la konon. Punyalah aku menyampah. Begku yang sepatutnya diisi buku, sarat dengat buah cempedak yang sudah masak. Tekanannya aku. Sudahlah berat. Dia punya bau lagi. Begetah lagi. Tapi masa tuh terpaksa jugak lah bawak. Biarpun dihati macam aku mau buang jak tengah jalan.
Beliau dulu suka betul suruh aku bawa buah bagi ngan cikgu. Dan aku paling ndak suka buat semua tuh. Malu aku mau bawa semua tuh pi sekolah. Lepas peristiwa tuh biarpun beliau selalu suruh bawa buah-buahan lain aku akan mengelak. Macam-macam alasan aku bagi. Biarpun sebenarnya cikgu tu selalu juga tanya kan. Malas aku. Tapi sekali lagi peristiwa tuh terjadi bila aku naik sekolah menengah tingkatan satu. Biasa la orang ndak ada sekolah ni, ndak tau apa-apa pasal prosedur. Cuma mengharapkan kebaikan orang untuk untuk bantu uruskan segalanya dengan bermodalkan rasa rendah diri dan buah-buahan. Itulah beliau. Ceritanya, aku disuruh mendaftar di satu sekolah mengengah ni pada tarikh dan masa sepatutnya. Gara-gara ndaktau apa-apa kesian, pigi jak lah sekolah dengan buah cempedak untuk bagi dengan cikgu yang daftarkan aku nanti.
Sekolah tuh sekolah baru, dan aku adalah batch kedua masuk sekolah tuh. Sampai sekolah aku hairan, kenapa tiada orang lain? Cari punya cari last sekali jumpalah pejabat. Tanya kerani, dia cakap cikgu tiada. Dia ada di rumah. Patutlah rupanya mendaftar hari berikutnya. Emm.. Sebab ndak mau balik tangan kosong, pigi la flat cari rumah cikgu tuh dengan alamat yang kerani tu bagi. Ringkaskan cerita, cikgu tu tolong aku daftar sekolah di rumah tu jak. Yang lain dia tolong setelkan. Dan buah cempedak itu pun menjadi miliknya.
Itulah kisah aku dengan cempedak dalam perjalananku menuntut ilmu.
No comments:
Post a Comment