Sunday, 13 January 2013

tibanya berita gembira itu....

10 Januari 2013, 0950 - niatku hendak mendail no keramat terhenti sebab incoming call dari 019+++++. Orang dalam panggilan itu menyampaikan berita yang sememangnya ku tunggu. Perasaanku waktu itu hanya Tuhan yang tahu. Syukur ya Allah atas rezeki yang Kau beri ini. Cita-citaku kini semakin hampir untuk dicapai.

Selepas proses sepanjang lebih kurang empat bulan akhirnya aku ditawarkan pekerjaan itu. Pekrjaan yang sememangnya dicita-citakan oleh aku dan keluargaku sejak kecil. Siapa sangka aku yang kerdil ini mampu untuk sampai ke tahap ini. Bukannya aku riak tapi aku mampu berbangga dengan semua ini. Semuanya atas restu dan doa keluarga yang jauh dan sahabat-sahabat. 

Terima kasih kepada ibu dan ayah yang melahirkan aku didunia ini. Terima kasih kepada keluarga yang membesarkan aku, berkorban demi aku mendapat pendidikan yang langsung tidak pernah aku mimpikan dahulu. Terima kasih saudara mara yang banyak membantu aku. Terima kasih kepada semua guru-guru dan pensyarah atas semua ilmu yang dicurah kepadaku. Terima kasih kepada semua rakan taulan yang membantu aku selama ini. Hanya Allah yang mampu membalas jasa baik kalian.

Aku akan beralih ke satu lagi episod kehidupan yang baru di tahun baru ini. Wah...segalanya bagaikan mimpi. Betul-betul aku hampir tidak percaya. Betapa besar nikmat yang diberi ini. 28 Januari 2013, Isnin - aku akan ke sana untuk satu tempoh yang ku tidak tahu berapa lama. Hanya yang pasti ianya akan sangat lama. Harapan agar agar aku mampu berjaya sehingga ke akhirnya bersama rakan seperjuanganku yang lain nanti.

Ku mohon doa daripada semua yang mengenaliku agar sama-sama mendoakan yang terbaik untukku, untuk kami agar kami dapat berbakti kembali kepada sesama manusia, agama dan negara tercinta ini.

Aku sedar apa yang bakal ku hadapi ini bukanlah sesuatu yang enteng. Amanah dan tanggungjawab yang diberi bukan ringan untuk dipikul. Tanpa segala persediaan yang lengkap pasti ianya tidak terlaksana dengan jayanya. Ini adalah jalan aku pilih. Dan aku yakin ini adalah landasan yang betul untuk aku sampai ke penghujungnya. InsyaAllah.

Dari sini aku mula melihat masa depanku yang semakin jelas bersama perancangan yang semakin mudah aku susun hierarkinya. Aku semakin berani dan yakin. Namun ada masanya kegembiraan dan semangatku dicemari dengan kehadiran gusar dihati. Bagaimanakah aku nanti? Mampukah aku hadapi semua cabaran yang maha hebat di kemudian hari? Apakah aku mampu melaksanakan tanggungjawab yang diberi?

Semoga aku akan baik-baik saja...




No comments:

Post a Comment